Tuesday, November 30, 2010

lauk ayam pedas simple....

Tadi i masak lauk paling senang gak....(semua ni bukan recipe asal yg mmg senang,tapi si pemalas yg senangkan dia....hehehe)...So tak mau cakap banyak...cos ada benda lain dok tunggu nk di post kat sini....tgk pic ok

Bahan-bahan
Seekor ayam yg di potong kecil
Cili mesin 2 cawan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit air asam
Daun pandan disimpul
Daun kari 3 tangkai
Tiga sekawan(pelaga,cengkih,kayu manis)
Lada hitam 2 sudu kecil
Bawang besar 4biji dihiris agak tebal(agak banyak digunakan bawang bagi mendapat manis bawang)
Cili hijau
Cili merah
Daun sup
Sedikit minyak untuk memasak

Method:
Masukan semua sekali ke dalam kuali kecuali daun sup.Masak sehingga betul2 kering.Kemudian apabila bahan dalam kuali dah kering,masukan daun sup dan tutup api.

p/s:Lauk ni agak pedas..Tapi sedap.So sesapa yg suka pedas2 leh la try.

popia goreng simple...recipe hentam

I ada buat popia goreng semalam...fillings yg pakai bahan"apa ada"...bahan "apa ada" tu actually bahan apa yg u all leh jumpa in ur fridge tanpa perlu keluar dari rumah ke market atau kedai la...(alasan ..mmg dasar pemalas),....haha..but the truth is..walau dengan benda yg so so saja..we can make sumthing extraordinary untuk perot kita..ayat macam i wat sumthing special sgt..hahaha.ok ok...actually i pakai kulit popia basah untuk wat menu ni...tapi i beli yg ready made punya.tapi kalau u all rajin nk wat senirik...boleh tgk kat sini http://www.myresipi.com/top/detail/1396  ..kakak  tu rajin wat sendiri.....ok layan pic...

Popia Goreng Simple
Kulit popia
Sebijik sengkuang yg di parut halus
Udang kering yg disangai tanpa minyak dan di mesin kasar
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan untuk masak fillings
Sedikit tepung yg dicampur dengan air bertujuan sebagai gam untuk di sapu pada kulit popia selepas menggulung(bancuhan harus pekat)

Method:
1.Masak parutan sengkuang dengan udang kering dengan sedikit minyak sehingga betul2 masak
2.Masukkan bahan sengkuang yg siap di masak ke dalam kulit popia dan gulung panjang kemudian pada hujung kulit disapu dengan sedikit bancuhan tepung.
3.Goreng
4.Serve dengan sos

Resepi sos pun leh amik dari link ni http://www.myresipi.com/top/detail/1396
p/s: Udang kering tu i tak letak amount berapa banyak..coz itu ikut banyak mana u all rasa cukup untuk sebijik sengkuang tu..setengah orng suka banyak..setengah suka letak sket..so terpulang kat u all...Actually nk masuk any vege dalam fillings tu pun ok..nk masuk carrot ka,nk masuk kacang panjang ka..but i pakai apa yg i jumpa...:)...

Monday, November 29, 2010

Nasi putih +Gulai Ayam...

Today mood rajin dah mula mekar..hahaha.Simple dish lagik from me to my stomach....


Gulai Ayam
Sekilo ayam di potong kecil
Satu packet kecil rempah daging
Ubi kentang 4 biji (sebiji potong 4)
Daun kari dua tangkai
Buah pelaga 6 biji
Bunga cengkih 10 kuntum
Kayu manis 2 batang kecil
Jintan putih 2 camca besar
Jintan manis 1 camca besar
Serbuk kunyit 1 camca besar
Serbuk cili 1 camca besar
Serbuk lada hitam 1 sudu kecil
Halia+Bawang mesin lumat 2 camca besar
Santan setengah cawan
Bawang besar dipotong tebal
Tomato 2 biji dipotong wedges
Cili hijau dan merah dipotong tebal
Daun pudina
Garam secukup rasa
Sedikit air perahan limau
Minyak untuk memasak

Method
Campurkan semua bahan kecuali daun pudina dan tomato.Masak sehingga ubi kentang empuk dan kuah pekat.Akhir sekali masukan daun pudina dan tomato..Biar sebentar kemudian tutup api.

French Baguette..Garlic+Chicken

Simple recipe yet make delicious meal...i post picture dulu..later i will post the recipe okay!:)....





Ni la roti perancis tu..Leh dapat kat mana2 kedai roti...kat tesco depa juai dalam rm1.00 ja kot kalau tak salah...

Recipe
1 loaf roti perancis
Garlic butter (ada juai yg siap punya dah)
Isi ayam bahagian peha yg di masak dengan lada,garam,sedikit susu,sedikit cheese dan sedikit minyak sehingga pekat.(kalau taknak ayam leh ganti dengan seafood cthnya:udang,sotong.Masak atas api yg sederhana.
Sedikit cheese untuk ditabur di atas roti dan ayam

Method:
1.Potong roti perancis secara serong dan agak dalam ketebalan 2 inci
2.Sapukan garlic butter ke atas kedua2 permukaan roti tersebut
3.Letakkan sedikit filling ayam yg disediakan dia atas permukaan roti
4.Then,tabur cheese yg diparut ke atas roti dan filling ayam tersebut
(i tabur extra lada hitam kat atas..hehehe)
5.Bakar dalam oven lebih kurang 5 minit atau sehingga cheese di atas permukaan roti mulai cair dan keperangan.

p/s:I pakai garlic butter yg i prepared sendiri..Nanti i post recipe garlic butter tu.Kalau u all malas nk buat just beli yg dah siap punya.Ada kat Tesco,Giant ngn semua pasaraya besar la.



Wednesday, November 24, 2010

sardine.....simple recipe..

Lama sgt i tak update blog..bz..ngeee....so ni simple recipe..untuk makan ngn roti atau wat as sandwich fillings..actually kita orang pmpuan mmg tau recipe ni semua..but i buat this post for my fren..obviously lelaki la..coz dia dok carik simple recipe nk buat bila kelaparan...

FIRST STEP:Sediakan semua bahan ni dulu.Bawang hiris nipis,cili hijau hiris nipis,cili merah hiris nipis,dengan Limau(untuk amik jus saja),sedikit garam(dalam pic tu i tak capture gambaq garam,kalau tak kenai garam sila bunuh diri)



SECOND STEP:Sila panaskan sardin tu.Carefull sebab sardin meletup sumtime.Agak2 dah panas tutup api
(i pakai Ayam Brand sardine)



Lastly:Combine semua bahan hiris,sardin,garam(secukup rasa) dengan jus limau(agak2 masam sket la,kalau nk kurang masam boh sket ja)....Siap.Final product will be just like this..Then makan ngn roti...

Sunday, November 14, 2010

gulai daging...

later i masuk recipe..
RECIPE
Daging sekilo
Minyak untuk memasak (bergantung pada u all)
Ubi kentang 4 biji dipotong 4 setiap satu
Rempah daging satu pack kecil
Serbuk kunyit 2 sudu kecil
Serbuk cili 3 sudu kecil
Jintan manis 2 sudu kecil
Jintan putih 1 sudu kecil
Buah pelaga 5 biji
Kayu manis  2 batang kecil
Cengkih       5 kuntum
Serbuk lada hitam 1 sudu kecil
Santan        1/2 cawan
Halia mesin   3 sudu besar
Garam     secukup rasa
Daun kari   2 tangkai
Bawang besar  3 biji di potong kasar
Cili hijau    2 biji dipotong kasar
Air yg mencukupi
Daun pudina  sedikit untuk ditabur setetelah masakan masak

Method:
-Campurkan semua bahan dan masukan air sehingga menutupi semua bahan masakan dan masak sehingga daging dan ubi hempuk.Bila kuah dah pekat tutup api.Tabur daun pudina.Siap

Saturday, November 13, 2010

brunch....cornmeal

..Lately cam malas nk story..nk merapu..dont y...tadi i brunch makan roti sosej ja..

.....I made roti sosej ni cam semua orng selalu buat..but a bit extra .....i buat my own breadcrumbs mix..crunchy version.!breadcrumbs    adalah    serbuk roti dat u can get from any groceries store).ada yg putih...ada jugak breadcrumbs yg kaler orange and yellow..mine i pakai putih ..so today i bagi recipe bredcrumbs mix okay:)

Breadcrumbs Mix
1 cup breadcrumbs
1/4 cup suji (i pakai cornmeal)
1 teaspoon fine salt
1 teaspoon ground black pepper (serbuk lada hitam)
*rated cheddar cheese or parmesan cheese (ikot suka u all nk letak banyak mana..but jgn banyak sgt..coz cheese dah ada its own salty taste)...>this is optional.tak letak pun takpa..cuma ada rasa beza if we letak a bit..sodap..hehehe

Method:
-Mix everything dalam satu container the simpan di tempat yg sejuk ...tak payah masuk fridge.
BUT..kalau u all nak letak cheese make sure masuk dalam freezer..

Nak siapkan roti cam atas tu..just amik roti..then letak sosej kat dalam..then gulung rapat..Then deep in eggs then salut ngn breadcrumbs..U all boleh deep fry atau just letak sikit minyak dalam pan then goreng..or u all boleh baked dalam oven..




Ok...kat post i ada tulis cornmeal kan...ni la rupa cornmeal.Diperbuat dari corn kernels(kalau tak salah i)..If u all perasan bila makan dominos pizza macam ada rasa crunch kat based dia kan..actually based pizza dominos using cornmeal juga..macam tu jugak ngn mcdonals sausage mcmuffin..coz cornmeal is one of the ingredients in making english muffin..(dok sembang banyak plak kan i ni..sorry..mmg i suka buat diri cam michael smith atau gordon ramsay..hahaha)...and kalau u all takleh dapat cornmeal no worries..leh saja ganti denagn suji..suji act same as cornmeal..okay:)...

Friday, November 12, 2010

Lauk parpu..my mom's version



Lauk parpu telur.Nothing special.My mom love to cooked this dish kat my brother..I really dont like it..Not my favourite lauk la..hehehe...But suddenly teringat nk makan parpu telur ni.Simple sgt...Nak sedap makan lauk ni..mau ada geng dia..ikan masin ngn sambal belacan..:) Layan pic..i saja dengki bagi over size pic tu..muhahahaa



 Recipe:
Kacang parpu secawan
Telur 3 biji
Air 4 cawan
Kunyit serbuk 2 sudu kecil (ikot u all suka nk letak la..kalau suka  nk kaler cam sari  deepavali bubuh lebih..muhahhaaa)
santan pekat setengah cawan
garam secukup rasa
ubi 2 biji di potong baji(wedges)
carrot sebatang (potong ikot suka u all)
satu sudu kecil lada putih
satu sudu kecil lada hitam

Bahan tumis atas
Sebijik bawang besar di mayang nipis (saiz bawang tu kecik pun ok)
Sebijik bawang putih di mayang nipis
daun kari dua tangkai
cili kering 3 batang
halba campur satu sudu kecil

Method:
1.Rebus parpu dengan kunyit dan air sampai lembut (nk lembut cepat campur sikit minyak)
2.Then bila dah lembut masuk ubi dan masak sampai ubi empuk
3.Then masuk garam,carrot,santan,lada hitam dan lada putih.Masak atas api perlahan.Lepas tu pecahkan telur pelahan2 kedalam kuah.Bila carrot pun dah cukup matang dan telur pun masak sila tutup api supaya tak hangus.hehehe
4.Lastly tumis bahan tumis sampai garing dan wangi.Curahkan kat atas lauk tu.Tutup rapat tudung.This technique is used to enhance the flavour.Done (dengan nama chef Gordon Ramsay cakap..muhahaha...)

Thursday, November 11, 2010

caramel pudding....easy version

i letih jalan so taknak cakap banyak..this is the pitca ngn recipe ok..recipe ni senang sgt..i sukat pakai measuring cup jer..
Ni la my caramel pudding..Yang bintik2 tu adalah vanilla beans.


...Caramel Pudding
2 cup full krim milk (susu apa pun boleh)
2 eggs (i pakai sebijik ja)
6 tablespoon of sugar (i pakai vanilla sugar)
1 teaspoon of vanilla essence
1 teaspoon of corn starch (tepung jagung)

Caramel
5 tablespoon of sugar
1 tablespoon water

Method:
1.Benda pertama yg u all kena buat..mix semua sekali bahan caramel pudding in one bowl..then set aside
2.Benda kedua,u all kena masak bahan caramel atas api yg perlahan sampai jadik gula cair..
3.Lepas gula tu dah cair...masok kedalam bekas yg akan dituang adunan puding.bila gula agak sejuk baru la masukan adunan puding yg dah dicampur pada awalnya.
4.Kukus puding dalam masa 30 minit..sekiranya adunan di letakan di dalam bekas yg kecik mungkin mengambil masa lebih kurang 15 minit..
5.Once done dengan proses kukus..terus masuk dalam peti sejuk...(lagi sejuk lagi sodap)
6.Serve

p/s: if u all tak suka puding yg kental u all boleh abaikan cornstarch tu.Mine i like yg kental so i add in..

Tuesday, November 9, 2010

gulai ketam.....suji badam


 teng teng teng....tereng teng teng....muhahahaha...cam sasau kan tetiba masuk ja teng teng kat u all..ok ok..ni gulai ketam:)....semua kenai kan ngn kepit ketam..hehehe...ok i letak recipe later ok..
                                    
GULAI KETAM (tumis darat)
4 ekor ketam biru
satu peket kecil rempah ikan cap tarbus
(kalau takdak pakai rempah ikan biasa pun ok)
santan pekat setengah cawan
kelapa yg digoreng sehingga wangi dan dimesin halus setengah cawan
garam secukup rasa
asam gelugor 2 keping/air asam jawa sedikit sgt2
(pakai mana satu pun still ok)
kunyit satu sudu kecil
halia dalam 3 inci dititik (diketuk sahaja)
serai sebatang dititk
bawang putih 3 biji di titik
kayu manis 3 batang
 1/4 nanas yg dipotong serong (jgn terlalu nipis)
 
Bahan2 untuk ditumis darat
sebiji bawang besar dihiris nipis
sebijik bawang putih dihiris nipis
halba campur satu sudu kecil
daun kari
sedikit minyak

Cara-cara
-masukan kunyit,rempah tarbus,garam,asam,halia,bawang putih,santan,kelapa mesin,ketam kedalam periuk dalam rebus naik semua bahan sehingga rempah hilang bau...masak sehingga agak pekat kemudian masukan nanas.masak sebentar..tutup api
-Kemudian,tumiskan bahan tumisan sehingga garing...selepas itu taburkan ke atas gulai tadi dan ditutup rapat tudung periuk..
-Siap

p/s:kalau pakai nanas muda masak lama sikit pun takpe..
     :kalau nanas yg dipakai masam tak perlu masukan asam keping atau air asam jawa ini kerana nanas ada its own acid...





Ni pulak sugi badam..i tatau orng lain called dis as what?tapi i panggil sugi je la..hehehehee...ni actually macam dessert..my mom used to make it watery ...tapi i punya version cam kental sket...sort of pudiings sket la..ni pun later i letak recipe okay:)....nak pi tesco sat....

SUGEE
2 cawan suji (matsaleh panggil semolina,gujerat panggil rava)
setengah cawan santan
setengah cawan susu cair (i pakai carnation)
setengah cawan air kosong
gula secukup rasa...(gula ni u all leh letak ikut tahap manis mana u all nak..i tak penah measure...)
secubit garam (nak naikan rasa lemak)
daun pandan yg diikat simpul

Method:
-Masukan semua bahan..kacau di atas api yg sederhana sehingga mula menggelegak(betoi ka ayat ni)..tutup api.Siap

*Untuk sedapkan lagi..U all please goreng badam dan kismis dengan minyak sapi sehingga u all nmpak badam tu macam crunch dan kismis tu jadik cam bola..then tabur kat atas suji tu..Kalau nk mix kat dalam sekali pun ok:)...and lagi satu..if nk sugee ni jadik cam pudding sila kurangkan air atau susu..if nak macam bubur sila lebihkan susu atau air..ikut creativity u all...




daging masak pedas...cucur ikan bilis


Daging Masak Pedas

Sekilo daging
5 helai daun kari
          3 biji bawang (di potong tebal)
1 setengah  cawan cili mesin
 (i letak 2 cawan coz nk pedas)
1 cawan air
minyak secukupnya
sehelai daun pandan
2 batang kayu manis
10 biji buah pelaga
garam,gula, secukup rasa
daun sup daun bawang secukupnya

Method
Masukan semua bahan dalam kuali...Masak sehingga daging benar2 kering dan hempuk.Masuk daun sup dan daun bawang.Siap



 Cucur Ikan Bilis(adunan campak2 ja)
2 cawan tepung gandum
air secukupnya untuk membancuh tepung
1 cawan ikan bilis (direndam dan dibasuh bersih)
2 genggam daun sup dan daun bawang (dipotong halus)
1 biji cili merah di hiris nipis
1 biji bawang di hiris nipis
garam secukup rasa
sedikit serbuk kunyit untuk warna

Method
-Masukan semua bahan kedalam bekas dan gaul sebati.
-Jemput2 ke dalam minyak yg panas atau boleh juga menggunakan sudu.Goreng sehingga garing.

Sunday, November 7, 2010

Hot Chocolate


Hot Chocolate Recipe
1 cup fresh milk  
2 spoonfull of best cocoa powder (i use van houten)
1 spoonfull of sugar
1 small stick of cinamon (kayu manis)

Method
-Mix all ingredients in a small pot and boil .Once boil turn off the heat then take out the cinamon stick..Serve with marshmallow(optional)

macaroni goreng

today takdak lauk yg special..just simple dish...i buat macaroni goreng...macam kita goreng mee goreng atau koay teow goreng..simple sgt...
sorry kalau pic kurang jelas..i pakai my camera yg selalu wat hal:)..semalam capt pic hantaran pun cam masalah...ermm...ok kat bawah recipenya k...

Simple fried macaroni
2 cup macaroni
daging hancur/udang/ayam (apa saja yg u all suka)
1/4 cup cili mesin (i pakai 3/4 cup cili..sebab nk pedas..ngeee)
1 biji bawang kecil di mayang nipis
bawang goreng
daun sup daun bawang
gula garam secukup rasa
kicap manis
tomato sos
jus limau kasturi
telur  (scrambled)

Method:
-tumis bawang yg dimayang sehingga layu.Masukan udang/daging/ayam
-masukan cili mesin..tumis sehingga naik bau
-masukan gula,garam,kicap,jus limau,dan sos tomato..masak sehingga terbit minyak
-masukkan macaroni gaul sehingga sebati.
-masukan daun sup daun bawang dan telur
-tutup api dan hias dengan bawang goreng,cili merah yg dihiris nipis..

Saturday, November 6, 2010

vanilla pod...vanilla sugar

I nak tunjuk kat u all rupa fresh vanilla...called as vanilla pod...actually the tiny beans dalam vanilla pod yg bagi flavour.I dapat hadiah vanilla pod..hehehe...someone gave it to me.all the way from singapore..kalau u all pegi tesco..tengok kat section herbs..ada kan brand mccormick...dalam bottle 3 stick vanilla pod rm27..mahal giler..so i tak penah beli la..coz i tgk vanilla dia macam skinny..maybe pasai nak masuk dalam bottle di vacum terlebih dahulu..Actually the best vanilla is from madagascar..then tahiti..then indonesia...and a few places more..yg i ingat madagascar,tahiti ngn indon je..hikhikhik...
ni la vanilla beans.this tiny little things  yg bagi  aroma to vanilla essence..Tradisionally,mat saleh wat vanilla essence pakai vodka..or any liquer.dieorang akan rendam vanilla pod ni dalam vodka...sampai la vodka tu berubah kaler jadik hitam..so they will get the real thing la...homemade vanilla essence..


ok..ni pulak final product..Homemade vanilla sugar..u leh wat cake using this sugar,wat caramel pudding,buat creme brulee,buat custard(recomended)..and boleh buat apa saja yg pakai vanilla...macam kita buat cake biasa..but for me..kalau nk buat kek biasa kita pakai vanilla essence yg biasa pun dah ok..kalau buat kek pakai benda ni alamatnya bankrup la...heheh...

Vanilla sugar
- 1 kg of custor sugar
-1 stick of vanilla pod

 Method:
-Scrape all that beautiful vanilla beans out
-Then,mix it well with the custor sugar
-Place it in kitchen jar.Close tightly

daging lada hitam...

its raining....then bila hujan mesti perot menyanyi riang...ok ...now present to u all...daging masak lada hitam...

Resepi Daging lada hitam.....
daging (sekilo)
lada hitam (2 sudu besar)
kicap manis (3 sudu besar)
kicap masin (secukup rasa)
bawang besar yg di potong bulat (2 biji)
kayu manis (sebatang)
buah pelaga (10biji)
daun sup dan daun bawang (dalam segenggam)
minyak sedikit

 Method

Masuk daging,kedua2 jenis kicap,lada,buah pelaga,kayu manis,minyak dalam kuali.masak sampai daging lembut..Then masukan bawang.Masak lagi sehingga bawang layu.Last masuk daun sup daun bawang.Tutup api..Serve...

p/s:i tak pakai gula or garam...coz dah pakai kicap masin dan manis..even bawang pun ada manis dia yg sendiri..

Friday, November 5, 2010

bz..tempahan...

Dah a few days i tak update my blog..bz sgt sgt..tapi i tatau apa yg i buat sampai i bz..still dok pikiaq apa sgt yg bagi i bz..muhahaha....ok..now i nak tunjuk my fondant cake..tempahan dari  pakcik n aunty for their son engagement.Moist chocolate cake fondant..n muffin...theme yg dikehendaki kaler biru maa....i terpaksa pakai ready made gumpaste flower due to wet weather ..bunga yg i buat takmo nk kering...fasal sini asyik ujan..

Monday, November 1, 2010

kek batik

Every person mesti kenai sgt ngn kek batik..then mesti suka ngn kek batik..simple yet licious...Last 2 days my fren did asked me to paste the recipe here..so this is the day..last nite i made this scrumptious cake and here is the recipe...

Kek Batik
600gm biskut mery(di patah dua)
250gm butter(kiranya satu buku)
1 cup custor sugar
vanilla essence(1 sudu kecil)
5 biji telur
15 sudu kecik milo
4 sudu besar koko
*oren sunquick 2 sudu besar (untuk membuat kek batik perisa oren.Kalau takdak just pakai orange oil)

Cara-cara
-Masukan butter,gula,telur kedalam periuk..di pukul sebati..
-Masukan milo dan koko
-Masak adunan di atas api sederhana besar sehingga mula pekat dan mula ada ketulan
-Masukan esen vanilla,masukan sunquick(jika nak yg rasa oren),dan biskut mery
-Sebatikan sehingga semua biskut bersalut adunan coklat..Kacau sebati.Matikan api
-Masukan ke dalam loyang dan tekan adunan biskut padat2 di loyang.Tabur kan milo di atas permukaan yg siap di tekan(kalau tak tabur pun takpa.Just untuk mencantikan permukaan)
-Masukan ke dalam peti sejuk.Kek boleh dipotong dalam 4 jam selepas sejuk..lagi sejuk lagi sedap oooo....

*tips:nak dapat corak yg cantik..pakai pisau yg tajam masa potong

semalam yang lapaq

Jam berdetik pukoi 11.45..ujan turun mencurah curah...bunyi katak histeria kat luar umah...tiba2...cam dengaq lagu amuk mendayu2...makin lama makin kuat...sapa dok pasang radio tengah2 ujan ni...part chorus lagi kuat...pastu tak tahan dah..bangkit pi dapoq..bukak peti ais..tgk ada frozen puff pastry..pastu potong ikut suka..pastu sumbat nutella...pastu bakaq lam oven..tunngu dalam 25 minit..pastu makan hangat2...so kat bawah ni ada gambaq crossant lintang pukang..jadik kesimpulannya..lagu amuk tu takdak sapa sapa yg pasang..tapi direct from my stomach...muhahahaha....jgn mare ha...

mendung,ujan,perot lapaq...sardin

Dah dua hari berturut2 ujan non-stop kat sini...pagi mendung..tengahari sampai malam ujan...pastu perot keroncong ,zapin,rap,rawks..semua cukop...so menu yg senang adalah....ceng ceng....teng teng...sambal sardin...muhahaha..lauk budget weii..

Recipe
satu tin sardin cap ayam (i pakai bujur)
2 cup cili mesin
gula secukup rasa
garam secukup rasa
air asam jawa secukup rasa
ajinomoto secukup rasa
bawang besar di potong bulat
daun bawang
cili merah dihiris panjang

                                           Method 
       1.Sejat ikan dari sos.Goreng sampai garing.Pastikan tutup kuali semasa menggoreng sebab ikan tu nanti meletup..(sakit oo kena minyak panas.so elak kan dari kena muka)
        2.Angkat ikan ketepikan sebentar.Dalam kuali yg sama jgn ganti minyak lain..Masukan bawang,cili mesin,sos sardin dalam tin,cili merah yg dihiris panjang,gula,garam,asam dan ajinomoto.Masukan sedikit air jika perlu..Masak sehingga benar2 pekat dan terbit minyak.
        3.Masukan ikan yg digoreng tadi.sebatikan..Tutup api..Serve

p/s:Sardin di goreng akan menghilangkan bau hanyir ikan tersebut..Lagi satu sedap la..hehehe..