Puding Custard
1 cawan tepung kastard
1 cawan susu cair
1 cawan santan
1 1/2 cawan air
3/4 cawan gula pasir (-/+)
1 tin jagung manis (creamy)
1 sudu kecil esen vanilla
secubit garam
1 sudu besar mentega/marjerin
Cara-cara :
Satukan susu cair, tepung kastard, santan, air, gula pasir dan garam di dalam periuk. Kacau sehingga larut.
Kemudian masukkan jagung manis dan kacau lagi. Letakkan periuk tadi di atas dapur dan jerang dengan api perlahan. Kacau lagi tanpa henti.
Apabila sudah hampir pekat, masukkan mentega/marjerin dan kacau lagi hingga pekat, likat dan berkilat.
Tutupkan api. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang sudah disapu dengan mentega atau bubuh dalam bekas yang bersesuaian.
Sejukkan sebelum dipotong.